Saturday, April 25, 2009

Mari bantu adik Nurul


E-mail di forward oleh husband saya

Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...  

   
Assalamualaikum/Salam sejahtera ,  
   
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal(4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.  
   
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang di bahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk  
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).  
   
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.  
   
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!  
   
Hulurkan bantuan anda kepada :-  
   
Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)  
Maybank Acc : 162 106 168 490  

   
Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!  
Wallahua'lam....  

No comments: