Sunday, August 24, 2008

Main masak-masak

Aku kempunan nak makan nasi berlauk pagi, orang Kelantan punye typical breakfast uaaarrrggghhhhhh sedappppnyaaaa!
Nak wat sendiri boleh tapi mesti jadi macam hmmm...
I somehow succeeded in my very first attempt making Shepherd's pie and buduless-nasi kerabu. Kat sini ade budu called Anchovy Sauce made in Phillipines- sounded pretttttty halal-questionable, which is why aku pun takut nak makan hehehe






Rasanya boleh tahan la.... huahuahau

Monday, August 11, 2008

Peristiwa Israk Mikraj

Artikel yang bagus dari Harakahdaily. Baca la sampai habis. Gerenti boleh insaf.

PADA keluaran lalu, dibincangkan sedikit sebanyak penjelasan berhubung pengembaraan baginda Rasulullah s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.

Ia berlaku selepas kematian bapa saudara baginda, Abu Talib dan isteri Rasul, Khadijah binti Khuwailid bagi menghilangkan kegusaran baginda terhadap kematian kedua-duanya.

Fokus perbincangan juga berkisar persoalan sama ada pengembaraan itu dengan roh dan jasad baginda atau sebaliknya, program masjid ke masjid dan beberapa pengajaran yang boleh diceduk daripada peristiwa penting itu.

Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada persoalan bagaimana peritiwa Israk dan Mikraj menjadi inspirasi kepada umat Islam hari ini yang terlibat pada perkara hingga ke peringkat memfitnah Islam itu sendiri seperti tidak menunaikan solat, terlibat dalam pembunuhan dan meletupkan mangsa.

Di samping itu ada beberapa bahan penting yang boleh dikutip sekali gus berupaya menjadikan Muslim secara umumnya komited kepada agamanya melalui amalan masing-masing.

Peringatan kepada umat

Menurut beberapa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya az-Zawajir juzuk 2 halaman 41, dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api obor dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya:

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula tanpa henti. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

* Lelaki yang menghimpun sekumpulan kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua para Nabi dan Rasul menjadi makmum.

Rasulullah s.a.w. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Selepas menyaksikan pelbagai panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis.

Di sana telah menanti satu jemaah para nabi terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w. solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimami solat bersama barisan nabi terdahulu.

Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.

Hubungan Nabi Muhammad dengan rasul-rasul

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan eskalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha.

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


Di langit pertama, baginda berjumpa Nabi Adam a.s., bapa segala manusia.

Di langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.

Di langit ketigaerjumpa dengan Nabi Yusof a.s.

Di langit keempat berjumpa dengan Nabi Idris a.s.

Di langit kelima berjumpa dengan Nabi Harun a.s. Di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa a.s.

Di langit ketujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.

Setelah digambarkan kepada baginda beberapa keadaan ketika dimikrajkan (satu kelebihan diberikan kepadanya), beberapa peristiwa ngeri khususnya terjadi kepada golongan wanita yang dikatakan penghuni neraka yang paling ramai berdasarkan satu riwayat hadis.

Perkara itu berlaku kepada baginda yang diperlihatkan keadaan golongan wanita ahli neraka yang digantung dengan rambutnya, otak mendidih, nanah dan darah keluar daripada rongga terbuka dengan baunya yang cukup hanyir.

Ada wanita yang digantung dengan lidahnya, kemudian dituangkan air yang mendidih dari api neraka ke dalam rongganya.

Ada wanita yang diikat kakinya pada buah dadanya sementara kedua tangannya diikat pada ubunnya dan Allah memerintah kala jengking dan ular berbisa menyengatnya.

Ada wanita yang digantung (buah dadanya sahaja) sementara api menjulang di bawahnya.

Ada wanita di mana kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai, sementara ditimpa azab yang terlalu banyak ke atasnya.

Ada wanita badannya seperti anjing, sedangkan api sedang menyala masuk ke dalam mulutnya dan keluar menerusi duburnya, sementara para malaikat sedang memukul kepalanya dengan tongkat yang diperbuat daripada api neraka.

Itulah wanita yang enggan untuk menutup kepala dan dadanya dengan tudung di hadapan lelaki ajnabi, itulah juga wanita semasa hidup di dunia tidak mahu mandi junub dan haid serta lalai untuk bersembahyang.

Itulah juga wanita yang menyakiti tempat tidur suaminya, yang selalu suka mengadu perkara dusta, pembohongan, hasad dan dengki.


Begitulah yang diungkapkan Rasulullah s.a.w. di hadapan puterinya Fatimah dengan kata-kata: Hai anakku Fatimah! Neraka Wail buat wanita yang durhaka kepada suaminya.

Inspirasi perubahan agar umat sedar

Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w., adalah untuk jadi bahan renungan dan iktibar bagi generasi Muslim sepanjang zaman, terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.

Ia boleh disimpulkan sebagai himpunan peringatan buat individu yang mahu menjadikannya pula sebagai anjakan paradigma untuk terus melakukan perubahan diri meniti kesempurnaan.

Ini kerana peristiwa-peristiwa simbolik berkenaan jika dihalusi dengan teliti, mampu mengubah cara hidup Muslim yang boleh disifatkan sebelumnya sebagai individu yang lalai, jauh daripada pegangan agama.

Betapa suasana dan kesudahan mereka yang digambarkan dalam simbolik itu menggambarkan keadaan manusia nanti di alam akhirat dengan pelbagai gambaran yang amat mengerikan.

Apabila ia juga tidak mampu mengubah sikap, pendirian seseorang, bererti individu berkenaan telah dihijab hatinya daripada wahyu petunjuk Ilahi dan terus bebas melakukan penentangan terhadap Allah SWT.

Justeru, kita adalah disaran agar terus banyak berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa, supaya memasukkan kita dalam himpunan hamba-Nya yang lunak hati untuk menerima kebenaran, kerana jika kita terus masih mengingkari kebenaran, maka kehidupan kita di dunia semakin sempit, malah akan dibutakan oleh Allah di akhirat hingga terjerumus masuk dalam neraka-Nya, Wal 'Iyazu Billah.

Sunday, August 10, 2008

Kids, adorable ones.

Cute & comel gileeee







Cuba dengar suara dia betul2, this boy was gifted with such an unbelievably amazing voice.


Saturday, August 9, 2008

Yet, another sensitive issue

Hmmm, ade jumpa satu website ni yang cite pasal hukum meremehkan aurat. Again, this is a constroversial issue. Tapi dengan penuh ikhlas aku nak cite yang aku bukannya baik sangat pun, tapi apa yang wajib tetap wajib dan tak boleh dipersendakan. So, kalau nak marah aku yang 'macam bagus sangat ni' or tak nak buat apa yang wajib, silakan. Tapi, jangan main2kan hukum sebab takut nanti jadi macam kat bawah ni.

Soalan:

Assalamu'alaikum

1) Apakah hukumnya seseorang hamba Allah mempermainkan masalah berkaitan dengan aurat, sebagai contoh mengatakan aurat itu adalah tidak penting.

Wassalam
"Siti Nurhaliza"


Jawapan:
Sesungguhnya permasalahan aurat ini adalah bersangkut secara langsng dengan syariat Islam dan menjadi perkara yang ( thabit) jelas dan kekal (tidak boleh dipersoalkan) didalam syariat islam dan menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.

Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga kelutut manakala aurat wanita untuk lelaki yang bukan muhram dan juga wanita bukan islam adalah seluruh tubuh selain muka dan kedua tangan ( sehingga pegelangan tangan sahaja) .

Sesiapa yang tidak menutup aurat ini tidak kira lelaki atau perempuan adalah berdosa.

Apabila sesuatu perkara itu telah menjadi ketetapan dalam syariat Islam, maka ianya tidak boleh dipermainkan-mainkan dan diperlekehkan. Begitu juga dalam perihal menutup aurat yang telah jelas hukum wajib menutupnya didalam Quran dan Hadis

Firman Allah Taala didaam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan janganlah mereka itu (perempuan) mendedahkan perhiasan (tubuh badan mereka / aurat ) mereka melainkan apa yang zahir daripadanya sahaja. ( muka dan dua tangan sahaja)."

Rasulullah bersabda:
"Janganlah si lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah si perempuan melihat kepada aurat perempuan dan janganlah si lelaki mendedahkan auratnya kepada lelaki lain di dalam satu pakaian dan janganlah bagi perempuan mendedahkan auratnya kepada perempuan lain di dalam satu pakaian"

Apabila ada seseorang hamba Allah cuba mempermainkan masalah aurat ini dengan mengatakan aurat ini tidak penting, dibimbangi baginya dua perkara.

1) Jika sekiranya beliau tidak mengingkari nas-nas Al-Quraan dan As-Sunnah mengenai kewajipan menutup aurat ini kemungkinan beliau akan tergolong dalam golongan orang yang fasik.

2) Sekiranya beliau melakukan perkara itu disamping meningkari nas-nas Al-Quraan dan As-Sunnah yang tersebut dikhuatiri beliau akan tergolong dalam golongan orang yang kufur kepada Allah kerana mengingkari nas-nas sahih akan menyebabkan sesorang itu terkeluar batasan islam!


Oleh yang demikian, nasihatilah hamba Allah tersebut agar beliau sedar tindakan yang dilakukannya boleh membahayakan dirinya sendiri, dan mempermain-mainkan urusan agama dan syariat boleh mengakibatkan perkara yang besar (kekufuran).

Hanya Allah yang lebih mengetahui- Wassalam..

Cara-cara bertudung dengan betul
http://www.scribd.com/doc/919591/Caracara-Menutup-Aurat-yg-Dituntut-oleh-Islam
Aku kadang2 buat D, E, F, memang kena tukar la ni :)

Friday, August 8, 2008

A very good article to share

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya. Iklan

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya:
"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud:
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud:
"Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam. - lanh _

Tuesday, August 5, 2008

Sensitivity

Aku masih lagi stucked ngan thesis writing ni. Actually it's my 1st year report, but some people called it transfer report. Obviously, writing is not my hobby and will never be one.

Quoted from one website:
No matter what a person's belief may be, or what sins they have committed, our own conduct with them must show the excellence that is Islam. We must try to understand why they believe what they believe or do what they do. Once we have an understanding, we can use this to teach them in the most kind and appropriate manner.

Talking about sensititity, sebenarnya aku bengang dengan this one comment pasal post aku yang lepas. Kalau nak ikutkan hati aku, bleh je aku penuh berlagaknya jawab "SUKA HATI AKU LAH, BLOG AKU". Tapi memandangkan aku rasa ade jugak perkataan yang offensive dalam tuh, so maybe ade yang terasa kot. Orang2 yang rapat ngan aku sume tau mulut aku camne, but I never made it public. Tapi bile aku baca kat atas tu, hati kecilku berkata "BETUL JUGAK TU".

Sensitivity is just too demanding.... Maybe next time I should keep em low key and try to be as gentlewoman as possible.... I repeat, as gentlewoman as possible....

Pheww...

Sunday, August 3, 2008

Jose Feliciano

This guy is too damn good to be true. He's blind (shame on you).

Flight of the Bumblebee


Billie Jean


& THAT'S HOW YOU PLAY GUITAR!